Followers

Friday, December 17, 2010

tips melupakan cinta terakhir..


Insyaallah, kali ini ana nak cuba share tentang topik ini..topik yang hangat melanda jiwa2 remaja macam ana ini..^^,..Berkenalan itu jauh lebih mudah dari cuba berpisah. Walauapapun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran , iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan pada masa yang sama anda memang tidak mampu melupakannya..

Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa atau hubungan sebelum berkahwin kerana perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan. Jika anda tidak mampu melupakannya tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama Allah SWT adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama Allah SWT. Itu adalah sebaiknya..^^,
Bak kata ayat ini:
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu”

Berikut adalah beberapa tips untuk melupakan seseorang..Ana harap ia dapat membantu  agar dapat memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori bagi anda2 yang baru lepas putus cinta..cinta terakhir..^^,

*    Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
*    Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
*    Anggap dia tercipta bukan untuk diri anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
*    Percaya pada jodoh, takdir, hikmah disebalik perpisahan itu. Pasti ada, insyaallah..perpisahan kerana-NYA..
*    Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan seperti "di mana kan ku cari ganti". Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
*    Usah biarkan hati digayut rindu & pilu.
*    Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri. Tiada alasan untuk tidak cergas(iklan).
*    Anggap dia tidak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
*    Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang lain.
*    Mohon pada Allah SWT supaya dia lenyap dari fikiran anda.

Sesungguhnya tiada yang lebih indah dan istimewa selain bercinta selepas 
berkahwin..Insyaallah..mungkin pengalaman anda bercinta membuatkan 
anda lebih matang untuk memikirkan yang mana baik atau buruk..terpulang
kepada setiap individu tersebut..insyaallah..^^,|akhi azuan|

Thursday, December 16, 2010

novel & novel lagi..

ok, nama blog ini diambil sempena nama sebuah novel nurkilan Fatimah Syarha Mohd Nordin..harap2 anda semua dapat mengenalinya..cuma ana menukarkan perkataan original kasih kepada qaseh..supaya ia nampak kelainan sedikit..ape yang membuatkan ana tertarik dengan novel ini & mahu mengambil tajuk novel ini sebagai nama blog ana adalah..story line ia membuatkan ana terpaut hati & mahu mengkhatamkan novel ini secepat yang mungkin..^^,..novel ini mengisahkan seorang pemuda yakni yang bernama Syabab yang bangkit mengubah kehidupan dirinya & keluarganya daripada kemiskinan..& seterusnya anda haruslah membaca & membelinya sendiri..ok..^^,..ana memberi jaminan novel ini tidak menghampakan para pembacanya..banyak pengajaran samada tersirat atau tersurat yang boleh dijadikan tauladan yang terdapat dalam novel ini..5 bintang untuk novel Syabab Musafir Kasih ini..!!^^,|akhi azuan|


ok, seterusnya ana nak memperkenalkan kepada anda semua buku wajib beli..!! bagi pendapat ana..^^,..buku ini bertajuk Asam,Garam,Gula & Kopi hasil tulisan tangan Abd. Jalil Ali..sekali lagi ia menarik minat ana untuk menjadikan tajuk ini sebagai sub-title bagi blog ana..Buku ini merupakan soretan kisah2 yang terdapat sepanjang melayari bahtera rumah tangga..bak kata orang2 kita..nak bina masjid..^^,..buku ini harus dimiliki oleh setiap enta & enti yang mahu mendirikan rumah tangga..wajib baca..!!^^,..apa yang pasti buku ini membuahkan kepada pembacanya yakni pengalaman,selok belok & perancangan sesebuah perkahwinan itu sendiri..insyaallah..pada sem 4 ini subjek Fiqh Munakahat akan dipelajari dalam semester kami..so, why not ana harus membacanya untuk memantapkan ilmu munakahat ana sendiri..hehe..^^,|akhi azuan|

travelog tarbiah qaseh..

assalamualaikum wbt..pembuka bicara..syukran jazilan kerana sudi menziarahi blog terbaru ana ini..alhamdulillah, akhirnya terhasilnya sebuah blog daripada ana sendiri walaupun ianya memakan masa yang agak panjang untuk menghasilkan yang terbaik..syukur..sesungguhnya Allah SWT jugalah sebaik2 perancang..^^,..diharapkan apa yang dihasilkan ini dapat dikongsi bersama2 baik secara langsung atau tidak..InsyaAllah..semoga blog ana ini memberi medan untuk ana berdakwah yakni tujuan utama mahupun berkongsi pengalaman & perkembangan semasa untuk diri ana serta sahabat2 seperjuangan ana sekalian yakni secara luahan rasa ataupun sebaliknya..jangan lupa untuk menjadi follower blog ini atau memberi & meninggalkan jejak anda di kotak Respons..Insyaallah..akhir kalam, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Azza Wajjala & yang buruk itu datang dari kelemahan ana sendiri..salam ziarah..^^,|akhi azuan|