Followers

Friday, December 17, 2010

tips melupakan cinta terakhir..


Insyaallah, kali ini ana nak cuba share tentang topik ini..topik yang hangat melanda jiwa2 remaja macam ana ini..^^,..Berkenalan itu jauh lebih mudah dari cuba berpisah. Walauapapun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran , iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan pada masa yang sama anda memang tidak mampu melupakannya..

Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah usah mudah-mudah membina hubungan istimewa atau hubungan sebelum berkahwin kerana perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan. Jika anda tidak mampu melupakannya tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama Allah SWT adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama Allah SWT. Itu adalah sebaiknya..^^,
Bak kata ayat ini:
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu”

Berikut adalah beberapa tips untuk melupakan seseorang..Ana harap ia dapat membantu  agar dapat memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori bagi anda2 yang baru lepas putus cinta..cinta terakhir..^^,

*    Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
*    Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
*    Anggap dia tercipta bukan untuk diri anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
*    Percaya pada jodoh, takdir, hikmah disebalik perpisahan itu. Pasti ada, insyaallah..perpisahan kerana-NYA..
*    Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan seperti "di mana kan ku cari ganti". Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
*    Usah biarkan hati digayut rindu & pilu.
*    Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri. Tiada alasan untuk tidak cergas(iklan).
*    Anggap dia tidak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
*    Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang lain.
*    Mohon pada Allah SWT supaya dia lenyap dari fikiran anda.

Sesungguhnya tiada yang lebih indah dan istimewa selain bercinta selepas 
berkahwin..Insyaallah..mungkin pengalaman anda bercinta membuatkan 
anda lebih matang untuk memikirkan yang mana baik atau buruk..terpulang
kepada setiap individu tersebut..insyaallah..^^,|akhi azuan|

5 comments:

  1. done!!! hehe..^^
    kalau nk lg cepat lupa, terus je cari pengganti si dia..=p

    ReplyDelete
  2. nice..entry ni baguih utk si jejaka bersepatu putih hehe

    ReplyDelete
  3. Kak Nadia: betul2..2 yg terbaek..mengikut kajian..^^,

    Huda: xbaek..hehe..^^,

    ReplyDelete
  4. i like3...!!!hihih...xper,,jdi kan pngalaman n knangan sbagi panduan tok msa akn dtang...kita b'hak dpt yg t'bek...antra nak xnak jerk...sndri leyh pk,,sndri leyh nilai.... (^___*)

    ReplyDelete
  5. Cik Nur Adila: betul2..penantian itu suatu tarbiyyah..^^,

    ReplyDelete